Habib
Alwi bin Ali Al-Habsyi ialah seorang ulama dan dai yang masyhur.
Beliau merupakan anak bungsu kepada Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi
pengarang maulid ‘Simthud Durar’ yang masyhur. Beliau juga pendiri
Masjid ar-Riyadh di Kota Solo (Surakarta). Beliau dikenali sebagai peribadi
yang amat luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan – santun serta
ramah tamah terhadap sesiapa pun terutama kaum yang lemah, fakir
miskin, yatim piatu dan sebagainya. Rumah
kediamannya selalu terbuka bagi para tetamu daripada berbagai golongan
dan tidak pernah sepi dari pengajian. Beliau meninggal dunia pada 20
Rabiulawal 1373H dan dimakamkan di Kota Surakarta. Tempat beliau
selepas itu digantikan anakandanya Habib Anis bin Alwi bin Ali bin Muhammad Al-Habsyi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar